fbpx
Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on linkedin

Tren Reka Bentuk Web Malaysia 2020 Vol:3

Kembali lagi kita ke siri Tren Reka Bentuk 2020 Vol 3, dan kali ini kita di penghujung siri. Selepas ini kita akan sediakan kepada anda semua banyak lagi siri-siri menarik berkaitan reka bentuk dan pembinaan laman web. Tetapi sebelum itu, mari kita teruskan membaca tren-tren terakhir reka bentuk laman web yang sesuai digunakan tahun ini dan tahun-tahun seterusnya untuk siri kali ini. 

Sekiranya anda belum berpeluang untuk mendapatkan tips dan tren vol sebelum-sebelum ini, anda boleh dapatkannya di Tren Reka Bentuk Web Malaysia 2020 Vol 1 dan Vol 2.

Pada vol yang lepas, tren yang telah dikupaskan adalah, ruang putih, tona dua warna dan gradien, elemen melekat bawah dan tipografi. Di episod kali ini kami akan membawakan anda tren-tren yang gempak dan antara yang penting untuk anda sekalikan dalam pembaharuan laman web anda. 

“The comfort zone is the great enemy to Creativity”- Dan Stevens.

Tren #8: Kedalaman

Ai illustrator depth

Tambahan kepada tren reka bentuk yang lepas, tren ini juga jika digunakan dengan baik akan menghasilkan rupa laman web yang versatil dan elegen, iaitu pengunaan kedalaman yang optimum. Nampak seperti ilustrasi objek yang mempunyai kedalam bayang lebih sudah kembali sebagai tren kebelakangan ini. Ramai orang menyukainya dan kami sudah jangkakan tren ini akan berkembang tahun 2020 ini. Lihatlah contoh ilustrasi di bawah, sungguh cantik dan terserlah kesan grafik pada rekaan tersebut.Anda boleh tau lebih lanjut cara dapatkan design seperti ini dengan pergi ke website design malaysia.

Tren #9: Kelajuan Halaman

Speedup webpages

Adakah anda tau bahawa kelajuan laman web anda bertindak balas mempengaruhi aktiviti pembaca yang melawati laman web anda? Jika tindak balas laman web anda perlahan dan kurang memuaskan maka lebih mudah untuk pengguna keluar dari laman web anda dan seterusnya memilih untuk membaca laman web yang lebih laju reaksinya. Kira-kira 47% pengguna internet sentiasa menjangka laman web untuk memberi tindak balas selama tidak lebih 2 saat. Macam mana nak buat kalau bakal pelanggan anda tidak suka untuk datang ke laman web anda disebabkan hal ini? 

Kebanyakan pengguna tidak suka menunggu lama di suatu laman web, mereka lebih sukakan pengalaman menggunakan internet dengan cepat dan berkesan kerana mereka anggap internet sebagai sumber yang memudahkan dan pantas. Jika difikirkan balik kita juga tidak suka jika laman web yang kita lewati bertindak balas dengan lambat apatah lagi lagi bila kita memerlukan info dalam waktu terdekat. Jangan risau sangat jika anda fikir proses ini menyebabkan pembuatan laman web anda agak mahal, anda boleh lihat anggaran harga laman web anda jika anda lewati malaysia website design price.

web performance impacts conversion rates

Pastikan laman web anda bertindak balas pantas dan efisien, dijamin makin ramai akan singgah ke laman web anda sehingga anda sendiri juga jatuh hati pada kepantasan laman web anda bertindak. Anda nak tau bagaimana? Klik blog Bagaimana Cara Melajukan Laman Web Anda (Load Lebih Cepat) untuk tau caranya.

Tren #10: Konten

Apa sahaja bentuk rekaan yang anda gunakan pada laman web anda, pastikan konten anda nombor satu. Konten adalah raja. Tanpa raja tidak akan tetap sebuah kerajaan. Jadi penting untuk anda sentiasa mengoptimumkan konten di laman web anda untuk memastikan lebih ramai singgah di laman web tersebut. Reka bentuk yang menggoda akan tarik pengguna untuk singgah tetapi konten yang membuatkan pengguna berlegar lama di laman web anda. Makin lama mereka berlegar, makin suka Google pada laman web anda, secara tidak langsung akan meningkatkan keberadaan perniagaan anda di internet, seterusnya menarik lebih banyak trafik ke laman web anda.

web content

Mari kami kongsikan beberapa cara bagaimana anda buat konten yang orang ramai suka (sesuai untuk pemula) :

Sentiasa membuat kajian tentang topik-topik yang sesuai

Demi mendapatkan idea yang bertimbun-timbun anda harus sentiasa ke zon kajian. Selepas anda jumpa topik yang sesuai, lebih baik jika ada kaitan dengan perniagaan anda, buatlah lebih banyak kajian pada topik yang sama. Pembaca sukakan topik yang boleh mereka kaitkan dengan diri sendiri. Tips lagi? Jadikan pembaca sebagai watak utama kepada setiap cerita anda.

Terang dan jelas

Elakkan bercerita tentang topik lain bila anda sedang membuat konten bagi sesuatu topik yang khusus. Jika anda terlalu kerap lari dari topik, pembaca akan mudah jadi bosan kerana kurang jelas dan meleret. Tidak salah untuk anda berikan sedikit info tambahan tetapi jangan terlalu banyak.

Tajuk dan Perenggan pertama yang gempak

Ayat pertama di sebuah laman web selalunya merupakan faktor terbesar pengguna teruskan membaca konten laman web anda. Dari tajuk yang gempak akan membawa mata mereka kepada perenggan pertama, dan cara anda tulis perenggan pertama anda yang membuatkan si pembaca ingin teruskan kepada perenggan kedua, dan secara logiknya, si pembaca lebih mudah untuk teruskan membaca ke perenggan ketiga dan seterusnya kerana sifat ingin tau sudah mula terlahir dalam diri mereka. 

Bersederhana

Cuba bayangkan, anda seorang remaja yang sedang mencari buku rujukan sejarah SPM di sebuah kedai buku. Jika ada dua pilihan antara yang isi kandungannya dijelaskan dengan ayat yang rumit dan berwarna-warni atau yang dijelaskan dengan ringkas dan mudah dan rupa yang sederhana, mana satu pilihan anda? Tentulah yang ringkas dan mudah difahami kerana anda perlukan info di dalam buku tersebut bukan ayat yang gah-gah.

Samalah juga dengan konten anda. Tulislah dengan ringkas dan semudahnya supaya dapat memudahkan pembaca memahami mesej yang anda ingin sampaikan.

Ubah suai. Baca dan ubah suai lagi.

Cara yang betul dalam penulisan teknikal adalah dengan mengubah suai beberapa kali sebelum memuktamadkan sesebuah hasil kerja. Kami percaya ini juga penting untuk penulisan konten kreatif. Anda boleh tau bagaimana caranya bina laman web yang sesuai dengan konten brand anda, lewati website price malaysia. Konten yang tidak diedit dengan baik memberikan kesan negatif kepada si pembaca. Kadangkala kita boleh terlepas pandang dalam penulisan kita hasilnya mesej yang mulanya hendak disampaikan tidak tercapai.

Messy contents

Nakkan hasil penulisan yang sempurna? Ikuti langkah ini:

  • Langkah editan yang pertama, anda cuba untuk singkirkan dan ubah mana-mana ayat yang tidak selari dengan konten anda. 
  • Langkah editan kedua, fokus pula pada ejaan dan peribahasa.
  • Langkah yang ketiga adalah baca. Akhir sekali, teliti draf anda dan pastikan bahawa semuanya dalam keadaan yang baik. 

Lebih baik jika anda biarkan sedikit masa antara setiap satu langkah supaya setiap kali anda mengedit, anda membaca dengan sepasang mata yang segar dan tidak dipengaruhi oleh tulisan draf yang lepas.

Sekian, itulah dia 10 Tren Reka Bentuk Laman Web Malaysia 2020 dan kini siri ini berakhir dengan baik dan sempurna. Jika anda perhatikan, sebenarnya ciri yang paling penting dalam banyak-banyak ciri tren yang kita dah lihat dari vol 1 sehingga lah vol 3 adalah kelajuan halaman. Semmengnya yang banyak memberi kesan pada penggunaan laman web adalah kelajuannya kerana tiada siapa yang suka melayari laman web yang kelajuannya tidak memuaskan. Tetapi tidak bermaksud kita boleh elak dari pentingkan tren yang lain kerana rupa laman juga penting dalam menarik perhatian penonton. 

Antara 10 tren yang kami telah kongsikan 3 tren yang paling disukai kami adalah ruang putih, penggunaan animasi dan elemen melekat bawah (bottom sticky element). Reka bentuk yang melibatkan ruang putih dapat menghasilkan efek yang sederhana, elegen dan minimalis, sangat mengikut tren sekarang! Laman web yang menggunakan animasi pula dan menarik perhatian dan amat seronok untuk dilihat. Elemen melekat bawah pula sangat berguna bagi sesiapa yang menggunakan laman web tersebut, siapa saja yang tidak sukakan kemudahan betul tak? Anda boleh tau lebih lanjut elemen melekat bawah anda boleh klik di CSS Posisi Sticky Elemen- Bagaimana Ia Berlaku ini. Jadi itulah dia antara tren kegemaran kami. Kongsikan tren kegemaran anda pada ruangan komen di bawah. Semoga anda dapat menaikkan lagi prestasi laman web anda seterusnya mengutip lebih banyak dapatan trafik setiap hari. 

5/5 (2 Reviews)

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on email

Get instant access of 100+ freshly listed high DA blogs that accept guest post

To download enter your name and email address below