fbpx
Web design trends in Malaysia vol 1
Share on facebook
Share on twitter
Share on google
Share on linkedin

Tren Reka Bentuk Web Malaysia 2020 Vol:1

Menjelang tahun baru, makin banyak peniaga bisnes-bisnes kecil sudah mula mengorak langkah ke alam atas talian. Selain dari menggunakan platform media sosial makin bertambah juga peniaga-peniaga yang membina laman web sendiri demi kemudahan mereka, staf-staf dan juga pelanggan mereka. Sememangnya tindakan yang bagus dan amat digalakkan kerana pada zaman ini teknologi maklumat sudah sebati dengan kehidupan kita dan semua manusia tak kira umur dan pangkat sudah mula hadir di alam internet. 

Anda juga sudah ada laman web sendiri? Syabas kami ucapkan! Langkah yang baik. 

Tapi sejujurnya melalui kajian kami terdapat ramai lagi peniaga online di Malaysia yang masih menggunakan rekaan tren lama di laman web mereka. Ada antaranya memang agak lapuk, oops! Sedar ataupun tidak ini secara tidak langsung memberikan kesan yang negatif kepada imej brand anda. Lumrah manusia sukakan kecantikan yang sedap mata memandang ya kan? Sama juga dengan pelanggan anda. 

Web design

Jadi, anda bagaimana pula? Sudah kemaskini laman web anda? Anda berpuas hati dengan reka bentuk laman web itu? Nak lebih tips lagi? 

Mari kami tunjukkan tren-tren baru bagi peniaga online yang inginkan laman web mereka kelihatan gempak dan dapat menarik perhatian ramai pelanggan.

Tren #1: Laman Web yang Responsif

Seperti yang kita lihat, terlalu ramai orang di Malaysia sudah memiliki telefon bimbit peribadi.                                                                                        

Lebih ¼ peratusan populasi di Malaysia menggunakan telefon bimbit yang aktif sekurang-kurangnya 6 jam sehari tak kira muda atau tua. Ini kerana ianya lebih mudah untuk menggunakan telefon bimbit berbanding komputer mudah alih kerana saiznya yang kecil muat di poket, senang untuk dibawa, akses yang mudah ke media sosial, sehingga ke kemudahan perbankan dan transaksi atas talian. Tak lupa juga ramai yang lebih suka berada di dalam komuniti di internet berbanding dunia sebenar seperti di Twitter dan Facebook. Website Design Malaysia sememangnya mengikut tren terkini yang anda wajib tau.

Ini menjelaskan bahawa sekiranya laman web anda tidak atau tidak begitu rensponsif, hasilnya anda akan hilang sebanyak 25% peluang mendapatkan bakal pelanggan dari semua pengguna telefon bimbit tersebut. Oleh itu, anda harus memastikan bahawa laman web brand anda cukup responsif, termasuk mempunyai fungsi “Responsive Table” dan “Responsive Logo”.

Mobile Responsiveness

Responsive Table

Responsive Table atau juga Jadual Responsif merupakan salah satu fungsi yang penting dalam sesuatu laman web yang responsif. Terdapat 4 aspek Jadual Responsif yang biasanya digunakan termasuklah Squash, Vertical Scroll, Collapse by rows dan Collapse by columns. Tiada solusi yang tetap kepada penghasilan efek jadual yang responsif, semuanya adalah bergantung kepada konten data dan keperluan di dalam sesebuah laman web. 

Responsive Logo 

Pengubahsuaian logo brand untuk memberi efek responsif terutamanya di atas skrin telefon bimbit ini dikenali sebagai Responsive Logo atau Logo responsif. Ini juga adalah salah satu aspek penting kerana logo lah lambang kebanggaan sesuatu brand dan jika terdapat defek pada sesuatu situasi ia akan menjejaskan brand tersebut. Namun terdapat juga brand yang sentiasa memperbaharui logo mereka setiap beberapa tahun supaya nampak lebih terkini dan sesuai dengan dunia moden dan sederhana.

Tren #2: Animasi

Penggunaan animasi sangat digemari kerana fungsinya yang mudah menarik perhatian penonton dan juga merupakan media penyalur informasi yang mudah difahami berbanding teks dan ilustrasi gambar. Animasi menghidupkan lagi sesuatu rekaan tidak kira funsinya sebagai latar belakang sahaja laman web anda atau elemen transit dalam aplikasi mobile.

Web Animation

Animasi tak perlu begitu besar dan berlebihan; cukup sekadar mencetus perasaan dan tanda tanya pengguna untuk terus berinteraksi dengan anda. 

Antara efek animasi yang paling popular di kalangan pereka luar negara adalah menatal paralaks (parallax scrolling), kita di Malaysia juga boleh lakukannya! Ada beberapa cara boleh digunakan dalam menghasilkan kesan skroll ini demi menggalakkan interaksi pengguna. Mungkin anda tertanya mahal ke nak buat laman web dengan reka bentuk ni? Anda boleh dapatkan bantuan dari mana-mana agensi yang menawarkan servis ini, malaysia website design price.  

Kami kongsikan beberapa animasi menarik anda boleh cuba untuk laman web anda:

  • Loading screen
  • Latar belakang dinamik
  • Visual maklum balas
  • Galeri imej

Tren #3: SVG untuk Imej Berkualiti Tinggi

Kita semua kenal format fail PNG, JPG dan GIF banyak digunakan di mana-mana tapi semua ni sudah ketinggalan bila dikaitkan dengan penghasilan laman web yang bagus. Dunia moden ini banyak mata-mata yang lebih sukakan kualiti imej berbanding kualiti produk sebenar. Mana tidaknya dari mata jatuh ke hati.

SVG

Antara kelebihan menggunakan fail format SVG adalah: 

  • Kualiti yang tidak mudah berkurangan
  • Tidak kabur apabila imej dizum
  • Lebih mesra enjin carian
  • Lebih mudak diakses
  • Lebih mudah diedit
  • Lebih ringan berbanding JPG 

Tambahan pula, imej yang lebih senang diakses lebih digemari oleh setiap pengguna termasuk kita pemilik laman web. Format fail SVG akan menjadi yang terpaling popular dalam tren setanding dengan elemen-elemen lain bermula tahun 2020. Kualiti imej berformat SVG tidak mudah berubah dan ia lebih senang untuk diubahsuai. Saiz fail format SVG juga sangat wajar dan mudah dikendali. Format fail ini akan menjadi elemen grafik yang terbaik dan popular terutama dalam penghasilan laman web.

Sekian sahaja info kami pada kali ini. Nantikan sambungan siri Tren Reka Bentuk Web Malaysia 2020 vol 2 ini di masa hadapan!

5/5 (2 Reviews)

Share this post

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on email

Get instant access of 100+ freshly listed high DA blogs that accept guest post

To download enter your name and email address below